Thursday, 29 September 2011

Seluar Aku Koyak!

 

   "Bangunlaa!!! Dah nak berdarah anak tekak aku, tau tak?!" Anis mengejutkan Ain sememangnya itulah rutin hariannya. Ain merupakan jiran sebelah Anis. Ain tertidur di rumah Anis oleh sebab menonton rancangan 'SpongeBob' hingga larut malam. Lagipun ibubapa Ain tidah kesah begitu juga ibubapa Anis. "Bangunla! Dah malam -,-" Heish, malam? memerli apa si Anis ni! "Ye la, ak nk bangun la ni -,-" lantas melihat pada jam locengnya, "Ha! pukul 7:15? Jam kau ni gila ke?" Anis menjawab "Bukan jam tu gila, kau yg gila! Kesian jam loceng ak yg comel tu jugak jadi mangsa" "Ha! Ape?" Ain lantas bangun dari tempat tidunya dan mencapai tuala.

   Ketika Anis menjamu selera, Anis tidak menyedari yang Ain telah siap untuk pergi ke sekolah dengan baju sukan. Ain lantas keluar dari rumah dengan senyapsenyap, Ceh! takde kerja ke apa? Makan je. Desus hati Ain. Selamat tinggal 'Puteri Mayang Sari' Hahahaha, Desus hatinya lagi, Tiba-tiba Anis terdengar suara orang ketawa dan memandang ke arah pintu dan ... "Hey tunggu aku la!" lantas Ain terus berlari dengan laju. Anis setia mengejarnya, Krekkkkkkkkk. Huh? Bunyi apa itu?
"Kau kentut ya?" Ain berkata.
"Eh, mana ada -,-"
"Habis tadi tu bunyi apa?"
"Er, tak tau laaa, lantak la, Ade ak kesah?"
"Tak de sapa pun dalam dunia ni kesah dalam hidup kau yang tak bermakna tu :P Haha"
"Kamal?"
"Dalam mimpi la wei Haha"
Lantas Anis mengejar Ain dengan tahap kelajuan cahaya. Cahaya pun kalah, Eceh :P

   Sesampainya di sekolah, terdapat ramai pelajar yang berpusu-pusu masuk ke dewan dan barisan kelas masing-masing. Anis dan Ain duduk di kelas yang berlainan, Anis merupakan kelas aliran arab dan Ain merupakan aliran biasa. Setelah Anis berada di barisan yang sepatutnya, dia ternampak suatu kelibat yang tidak asing baginya, kelibat seorang lelaki ... kacak,pandai,famous,cool, tak lain tak bukan .. KAMAL. "Awwww, Handsome gila abg Kamal" kedengaran suara-suara gedik di belakang Anis. Abang? Ish! Beza satu tahun je pun. Desus hati Anis. Ya! Memang beza Anis dan Kamal umurnya hanya beza satu tahun, Kamal di tingkatan5 dan Anis berada di tingkatan4.

   Semasa Anis hendak masuk ke dalam kelas, Anis ternampak kelibat Prince Charmingnya, Kamal. Kamal merupakan kapten bagi kumpulan bola sepak, TTCFFC yang dianggotai oleh jejaka-jejaka yang kacak-kacak. Ketika itu Kamal beriringan dengan rakan-rakannya, diantara mereka semua hanya Kamal yang dapat menambat hati Anis yang kecil itu.
Alep, kawan Kamal berkata "Eh, budak ni seluar.." lantas Apiz menekup mulutnya. Lalu apiz menyiku Kamal. Eh kenapa ni? nk bagi surat cinta kah? desus hati Anis. Lalu kamal menghampiri Anis. Mata-mata gedik sedang melihat aksi mereka berdua. Padan muka budak gedik, sekarang ni Kamal akan mengisytiharkan, ak lah girlfriend dia, Hahaha. Desus hati Anis, Tetapi itu hanyalah fantasi -,- Tanpa ragu-ragu Kamal memberikan Anis sesuatu, Apa ya? Cincin ke? Ish perasan betullah si Anis ni -,- "Ha! pin?" Kenapa pin? Lalu Anis mengambilnya tanpa berkata apa-apa kerana melihat Kamal tersenyum meleret, Aduaiii, Cair gue! Tanpa berkata apa, Kamal dan rakan-rakannya berlalu pergi.

   "Ha! pin?" Ain berkata semasa dalam perjalanan ingin pulang ke rumah. "Macam ni ke cara budak lelaki nk berkenalan?" Perli Ain.
"Ish, kau ni bising la!"
"Haha, Tak gentle la Charming kau tu, harap muka je macam Kim Hyun Jung SS501, tapi, haprakkk!"
"Memeyla, tapi ak sayang pin ni, Heeeee"
"Nak muntah ak -,-"


   Ketika Anis masuk ke rumah, Ibu Anis memanggilnya, "Anis!" "Ye?" jawab Anis ringkas. "Seluar Anis terkoyak ke?"
"Ha! koyak" lalu Anis meraba-raba. Dan ...
"TIDAK!!!"
Habis? Pin? Senyuman? Pandangan? Agghhhhh! Ape ni?. Ouhhhh. Bunyi kreeekkkk tadi sebenarnya bunyi seluar terkoyak? Habis la aku, Kamal nampak dengan kawan-kawan dia, Malunya !!!

No comments:

Post a Comment