Monday, 12 December 2011

<a href="http://web1.ourworld.com/ow/tracking?source=assoc_widget&user_id=11387172"><img src="http://s3-www.ourworld.com/shared/i/players/group11387/user11387172/promo.png?v=672"/></a>

Thursday, 6 October 2011

Hari Sukan

     Hari ni merupakan hari sukan sekolah, kalau bukan disebabkan Kamal ketua kumpulann TTCFFC yang memasuki salah satu acara.. jangan haraplah Anis sanggup datang ke hari yang paling tidak disukai sedunia..:p Ain pula terpaksa mengikut sahabat karibnya yang gilakan sangat mamat famous tuh...kalau ikutkan hati Ain .. lebih baik menyambung tidurnya di rumah daripada datang untuk menemani Anis usha Kamal.. tidak ade faedah langsung ..kalau Ain tidak mahu ikut merajuk pulak si Anis tuh kalau sehari tak pe jugak , ni berhari-hari.. pernah sekali Ain menolak permintaan Anis ..Ape lagi Merajuk la Anis.. Dah puas Ain Pujuk tetapi hampeh x berkesan langsung sehinggalah ......... Ain memenuhi permintaan Anis tuh.. Nak tau tak ape permintaan Anis ? hahaha tak payah tahu la ye..Biarlah Rahsia.. 'Wei Ain , Kamal Kamal..' lamunan Ain terhenti apabila Anis menyebut nama mamat yang membuat kawannya itu Angau..argh!! 'Mane-Mane ?' jawab Ain sambil menjelingkan matanya.. 'Tu la dengan Alia kumpulan LADIES.. ish gedik betul la':p Anis menunjuk dengan jarinya sambil menjulurkan lidahnya..Ain yang melihat aksi Anis tu ape lagi meletus semua ketawa Ain..Anis yang asyik memerhatikan kegedikan Alia dengan Kamal tidak menghiraukan ledakan ketawa Ain.. argh .. Kamal layan Alia gedik tu ? argh... tension nye ' Ain berkate dalam hati.. apakah akan berlaku ? bersambung ... :??

Wednesday, 5 October 2011

     TTCFFC adalah nama yang tidak asing lagi bagi warga SMK Tanjung Durian oleh sebab TTCFFC dianggotai oleh pelajar-pelajar lelaki yang sangat amat terlalu sekali Famous! Apalagi kapten mereka, Kamal .. sangat digilai ramai, Kamal juga pernah masuk majalah, majalah NOZZ .. Itu sebab la Kamal ni famous .. Pemain-pemain yang lain pun apa kurangnya, Zarif, Aliff, Hafiz dan ramai lagi :P

   Hafiz yang berlesung pipit itu memang digilai ramai, apalagi sifatnya yang malu-malu kucing, Aduh, sekali pandang macam pelakon korea, 2 kali pndang mcm penyanyi korea :P Mmg cair la sesiapa yang memandangnya apalagi dia mengukirkan senyumannya itu :P

   Hafiz seorang yang aktif berbattle, Battle apa ? Battle menari-nari tu ha ? Ape yg best ye pun tak tau, Kata rakan-rakannya, dia berbattle untuk menunjuk-nunjuk, Hey~ biasalah warga SMK Tanjung
Durian gemar dengan lelaki yang pandai menari, Haaaaa, nk tau tak? Yg masuk TV rancangan ShowDown tu semua asal dari SMK Tanjung Durian .. Tak percaya? Pergi tanya warga sekolah SMK Tanjung Rambutan, Hahahaha :P

  

Friday, 30 September 2011

Tahi kucing tak guna!

   Di sekolah, masa kedua bagi kelas Ain adalah mata pelajaran Sains. Ain dan rakan sekelasnya diminta menuju ke makmal kerana mereka diminta membuat satu eksperimen. Yeah, Tidak ada yang best di sekolah selain membuat eksperimen dan makan. Tepat pukul 10:00,murid-murid kelas Ain diminta pergi ke makmal. Setelah sampai di hadapan pintu makmal, Ain terlupa membawa sesuatu yang penting, Ya! Sesuatu yang sangat penting iaitu sapu tangan yang bergambar minie mouse, Haih, Kenapalah, aku selsema sekarang? Dia membawa sapu tangan bergambar minie mouse kerana dia tidak perasan oleh sebab sapu tangan yang dibawa dilipat terbalik semasa di rumah. semasa die mengesat hingusnya baru die perasan mengenai gambar minie mouse yang x comel..Argh...Seperti kanak-kanak!

   Ain berpatah balik ke kelas, Ish, mesti kelas dah bermula! Mana sapu tangan ni! Ha! itu pun.Ain segera keluar dengan sapu tangan yang tak ingin dia pegang tu -,- Dia menuruni tangga dengan pantas, sebelum dia pergi mengambil sapu tangan dia ternampak ade tahi kucing tadi. Aku harap tak terpijak tahi wangi tu -,- getus hatinya. Dia terlihat sekumpulan lelaki, lelaki yang tidak asing lagi, kumpulan bola sepak TTCFFC la! Ain memandang setiap muka lelaki tersebut, Ain ni miang! Tiba-tiba, Arrrrhhhhhhhhg! Ain jatuh tangga?! Ak harap ada salah satu daripada mereka akan sambut aku, Prince Charming (: Tetapi andaian Ain terus meleset. Ya! memang ada yang sambut Ain, tetapi sapa! Ya, Tahi kucing yang menyambut Ain! Aduiii, Malunya, mahu sahaja dia terus berlari dan sorok di bawah meja, ada jejaka handsome pulak tu yang tengok -,- ha! dengan sapu tangan minie mouse aku! TIDAK!

   Sekumpulan bola sepak tersebut memandang Ain seperti pandang kucing yang tumbuh janggut, Tak gune punya kucing, Sebab kau lah berak merata-rata aku pulak yang jadi mangsa, Ish! getus hatinya. Tiba-tiba salah seorang dari mereka mengambil sapu tangan minie mouse yang tercampak tadi bagi kat Ain. Ha! Tolonggggg! Ain hanya tersenyum kelat. Habis? macamana ni? Aku terduduk kat atas tahi kucing la bijak! Kenapa pandang macam aku nk bagi duit raya, Tolong la aku! Mereka berlalu pergi, mereka tertawa kecuali jejaka yang menolong Ain mengambil sapu tangan. Mukanya seakan-akan DongHae SUJU, Ain perasan pada nametag namanya tertulis 'Aliff' Ah, lantakla! Aliff ke, Ba kee, Ta kee, kesah lak? Yang penting sekarang ni, macamane ak nk bangun, ugh! busuknya!

   "Gila! ade orang terduduk atas tahi kucing la" suatu suara menerjah masuk ke dalam telinga Ain. Lantas Ain berkata "Aku salah satu dari kumpulan LADIES! tolong jangan bagi tau orang lain tentang kejadian ni" Pemilik suara itu tidak mengecam siapakah gerangan yang terduduk di atas tahi kucing kerana mereka berdua tidak bertentangan. "pergi! pergi! kalau tak aku saman nanti!" Sambung Ain, lalu pemilik suara tadi pergi. Aduk menyusahkan betullah! Ain cuba bangun perlahan-lahan lalu pergi ke tandas, mujur pada masa itu bukan waktu rehat, Kalau waktu rehat, sudah pasti dirinya telah menjadi bahan ketawa seluruh warga sekolahnya. Line clear, Line clear, getus hatinya. Ain menuju ke tandas dengan terbongkok-bongkok, kalah nenk yang berusia 100 tahun :P Ain hanya memandang kiri dan kanan tanpa memandang hadapan tiba-tiba ..

   Aduh! kepala Ain berlaga dengan dada seseorang. Sapa? Tak kan kucing tak guna tu? Kalau ya, sudah lama Ain mencekik-cekik kucing tersebut! Tapi, besar benar si kucing ni, siap ada dada lagi!
Ain memandang nametag yang tertulis 'Aliff' bewarna biru, Ha! mesti pelajar form5. Tanpa memandang wajahnyanya, Ain terus berlalu tanpa sebarang respon dan .. jejaka yang dilanggar Ain tadi bersuara "Sorry" Ain tidak mengendahkan lelaki tersebut, bagi Ain pada waktu ini, jejaka tersebut seperti sampah di tepi jalan yang tiada sesiapa yang hiraukannya, Padan muka!

 

Thursday, 29 September 2011

Seluar Aku Koyak!

 

   "Bangunlaa!!! Dah nak berdarah anak tekak aku, tau tak?!" Anis mengejutkan Ain sememangnya itulah rutin hariannya. Ain merupakan jiran sebelah Anis. Ain tertidur di rumah Anis oleh sebab menonton rancangan 'SpongeBob' hingga larut malam. Lagipun ibubapa Ain tidah kesah begitu juga ibubapa Anis. "Bangunla! Dah malam -,-" Heish, malam? memerli apa si Anis ni! "Ye la, ak nk bangun la ni -,-" lantas melihat pada jam locengnya, "Ha! pukul 7:15? Jam kau ni gila ke?" Anis menjawab "Bukan jam tu gila, kau yg gila! Kesian jam loceng ak yg comel tu jugak jadi mangsa" "Ha! Ape?" Ain lantas bangun dari tempat tidunya dan mencapai tuala.

   Ketika Anis menjamu selera, Anis tidak menyedari yang Ain telah siap untuk pergi ke sekolah dengan baju sukan. Ain lantas keluar dari rumah dengan senyapsenyap, Ceh! takde kerja ke apa? Makan je. Desus hati Ain. Selamat tinggal 'Puteri Mayang Sari' Hahahaha, Desus hatinya lagi, Tiba-tiba Anis terdengar suara orang ketawa dan memandang ke arah pintu dan ... "Hey tunggu aku la!" lantas Ain terus berlari dengan laju. Anis setia mengejarnya, Krekkkkkkkkk. Huh? Bunyi apa itu?
"Kau kentut ya?" Ain berkata.
"Eh, mana ada -,-"
"Habis tadi tu bunyi apa?"
"Er, tak tau laaa, lantak la, Ade ak kesah?"
"Tak de sapa pun dalam dunia ni kesah dalam hidup kau yang tak bermakna tu :P Haha"
"Kamal?"
"Dalam mimpi la wei Haha"
Lantas Anis mengejar Ain dengan tahap kelajuan cahaya. Cahaya pun kalah, Eceh :P

   Sesampainya di sekolah, terdapat ramai pelajar yang berpusu-pusu masuk ke dewan dan barisan kelas masing-masing. Anis dan Ain duduk di kelas yang berlainan, Anis merupakan kelas aliran arab dan Ain merupakan aliran biasa. Setelah Anis berada di barisan yang sepatutnya, dia ternampak suatu kelibat yang tidak asing baginya, kelibat seorang lelaki ... kacak,pandai,famous,cool, tak lain tak bukan .. KAMAL. "Awwww, Handsome gila abg Kamal" kedengaran suara-suara gedik di belakang Anis. Abang? Ish! Beza satu tahun je pun. Desus hati Anis. Ya! Memang beza Anis dan Kamal umurnya hanya beza satu tahun, Kamal di tingkatan5 dan Anis berada di tingkatan4.

   Semasa Anis hendak masuk ke dalam kelas, Anis ternampak kelibat Prince Charmingnya, Kamal. Kamal merupakan kapten bagi kumpulan bola sepak, TTCFFC yang dianggotai oleh jejaka-jejaka yang kacak-kacak. Ketika itu Kamal beriringan dengan rakan-rakannya, diantara mereka semua hanya Kamal yang dapat menambat hati Anis yang kecil itu.
Alep, kawan Kamal berkata "Eh, budak ni seluar.." lantas Apiz menekup mulutnya. Lalu apiz menyiku Kamal. Eh kenapa ni? nk bagi surat cinta kah? desus hati Anis. Lalu kamal menghampiri Anis. Mata-mata gedik sedang melihat aksi mereka berdua. Padan muka budak gedik, sekarang ni Kamal akan mengisytiharkan, ak lah girlfriend dia, Hahaha. Desus hati Anis, Tetapi itu hanyalah fantasi -,- Tanpa ragu-ragu Kamal memberikan Anis sesuatu, Apa ya? Cincin ke? Ish perasan betullah si Anis ni -,- "Ha! pin?" Kenapa pin? Lalu Anis mengambilnya tanpa berkata apa-apa kerana melihat Kamal tersenyum meleret, Aduaiii, Cair gue! Tanpa berkata apa, Kamal dan rakan-rakannya berlalu pergi.

   "Ha! pin?" Ain berkata semasa dalam perjalanan ingin pulang ke rumah. "Macam ni ke cara budak lelaki nk berkenalan?" Perli Ain.
"Ish, kau ni bising la!"
"Haha, Tak gentle la Charming kau tu, harap muka je macam Kim Hyun Jung SS501, tapi, haprakkk!"
"Memeyla, tapi ak sayang pin ni, Heeeee"
"Nak muntah ak -,-"


   Ketika Anis masuk ke rumah, Ibu Anis memanggilnya, "Anis!" "Ye?" jawab Anis ringkas. "Seluar Anis terkoyak ke?"
"Ha! koyak" lalu Anis meraba-raba. Dan ...
"TIDAK!!!"
Habis? Pin? Senyuman? Pandangan? Agghhhhh! Ape ni?. Ouhhhh. Bunyi kreeekkkk tadi sebenarnya bunyi seluar terkoyak? Habis la aku, Kamal nampak dengan kawan-kawan dia, Malunya !!!

Tuesday, 27 September 2011

Pengenalan.


Assalamualaikum, Hye. Korang boleh gelar aku MissSimple. Kenapa buat muka macamtu? Pelik? Jeles? Haha, Tau dah :P Okay, aku buat blog ni bukan untuk kutuk orang tapi untuk membuat sebuah cerita yang ada kene mengena dengann pemilik blog ini. So, Nah! Harap terhibur :)

Watak Utama
-Anis : Seorang gadis 16 tahun
         :Pemalu dan sering dimalukan
-Ain : Seorang gadis 16 tahun
        : Happy Go Lucky
        : Hyper-acive

Watak Sampigan
-Kumpulan Bola sepak : TTCFFC yang dianggotai oleh :
-Kamal : Kapten Bola sepak, Seorang yang famous, kacak,macho,cool, digilai oleh perempuan-perempuan terutama kumpulan LADIES yang bajet famous tapi kenyataannya memang famous pun.
-Zarif : Pasukan bola sepak, teman rapat Kamal, agak miang tetapi masih ada yang minat dengan Zarif.
-Aliff: Mamat jambu yang juga digilai ramai perempuan termasuk sutun-sutun di sekolah.
-Hafiz : Seorang yang blur, tetapi tetap comel, dia digilai ramai kerana dengan sifatnya yang blur+comel
-Danial,Imran,Asna,Zahin juga apa kurangnya :P

-Kumpulan LADIES
-Alia : Seorang yang suka menggedik dan suka menunjukkan badannya yang tak ubah seperti tiang lampu.
-Mar : Seorang yang cover cun, Jalan seperti anak itik, Ngeh :P Tetapi dia ada rahsia.
-Fairuz,Izzati,Erni, Juga peragai tak ubah macam -..-